Thursday, October 29, 2009

Mengenali Malaikat.

MALAIKAT ISRAFIL
Berkata Ibnu Abbas r.a. sesungguhnya Israfil a.s. telah meminta kepada Allah s.w.t. agar diberikan kekuatan tujuh langit. maka diberikan kekuatan itu dan ditambah dengan kekuatan tujuh lapis bumi. dan meminta pula kekuatan untuk menguasai angin, gunung, jin, manusia dan binatang2 buas. makan diberikan kekuatan tersebut.

dari bawah kaki hingga ke kepalanya ada beberapa "rambut", bebrapa mulut, dan beberapa lidah yang tertutup hijab. bertabih kepada Allah melalui setiap mulut dan lidahnya dengan seribu bahasa. Allah menjadikan sejuta malaikat dari jasad Israfil yg semuanya bertasbih kepada Allah sampai hari kiamat. mereka itu adalah Malaikat2 Muqarrabun (yg. dekat dengan Allah), Hamalatul Arsy (pemegang Arsy) dan Kiramul Katibun (pencatat yg mulia). mereka dalam wujud Israfil a.s. Setiap hari israfil melihat jahannam sebanyak 3x, maka merendah dirilah ia, menangis sehingga kurus seakan busur panah dan menangis dengan tangisan yg menyayat. andainya Allah tidak mencegah aliran mata Israfil, bumi ini akan tenggelam dengan air mata Israfil. kerana besarnya Israfil, andaikata ditumpahkan segala semua air laiutan dan telaga di atas kepalanya, setitik pun tidak akan menitik ke atas bumi.

MALAIKAT MIKAIL
malaikat Mikail dijadikan Allah, sesudah 500 tahun Malaikat Israfil. Dari kepala hingga ke tapak kakinya terdapat rambut ydr. Zafaran dan sayapnya dari zamrud hijau. setiap rambutnya mempunyai sejuta wajah, setiap wajah memiliki sejuta mata, dan setiap mata menangis kerana belas kasihnya kepada golongan yg berdosa di kalangan mukmin. pada setiap wajahnya terdapat sejuta mulut, pada setiap mulu terdapat sejuta lisan, setiap lisan berkata dengan sejuta bahasa. setiap lisan memohon ampun kepada Allah untuk setiap orang mukmin yg berdosa, dan menitis dari setiap mata Mikail 70 ribu titis air mata. Maka Allah jadikan setiap titis tersebut seorang malaikat yg berujud Mikail a.s. Mereka bertasbih kpd Allah sampai hari kiamat.

nama-nama Malaikat tersebut ialah Karobiyyun, pembantu2 Mikail yg diserahi utk menguasai hujan, tumbuh-tumbuhan, rezeki dan buah-buahan. maka segala yg sesuatu yg ada di laut, buha-buahan di pokok dan tumbuh-tumbuhan di atas bumi tidaklah terlepas dr pengawasan seorang malaikat yg diserahi tugas tersebut.

MALAIKAT JIBRIL
Malaikat Jibrail dijadikan Allah sesudah 500 tahun dijadikan Mikail. Dia mempunyai 1600 sayap. mulai dari kepada sampai ke kaki terdapat rambut2 dari Zafaran. matahari seakan berada di antara 2 matanya. di atas setiap rambutnya seperti rembulan dan bintang2, setiap hari masuk ke dlm lautan cahaya 370 kali. maka tatkala dia keluar dr lautan tersebut menitislah dari setiap sayap sejuta cahaya. maka Allah jadikan setiap titis tersebut malaikat dlm wujud Jibril a.s. Mereka sama bertasbih kpd Allah sampai hari kiamat. Dinamakan Malaikat Ruhaniyyun.

MALAIKAT IZRAIL
Wujud malaikat Izrail seperti wujudnya Malaikat Israfil a.s. wujud wajah2nya, lisan2nya, sayap2nya, besar kekuatannya tiada bertambah tiada berkurang

No comments:

Post a Comment

Syukur