Wednesday, March 9, 2016

Rahsia bismilahhirrahmanirrahim

Baca 21x  semasa hendak tidur untuk elakkan:
1. Jin ,syaitan
2. Kejahatan
3. Kebakaran
4.mati terkejut
5. Penyakit
6.bala

Baca 1000x selama 7 hari berturut-turut pada mana-mana penyakit atau orang yang kena sihir nescaya sembuh orang itu daripada sihir dan penyakit.

Baca 113 x pada hari JUMAAT ketika khatib diatas mimbar.kemudian berdoa bersama khatib dan dimakbulkan oleh Allah swt akan hajat

Baca 313x ketika terbit matahari ketiha hari ahad dgn keadaan mengadap kiblat nescaya diberi Allah swt rezeki yang tidak terhingga banyaknya.

Baca 787x dengan hati yang suci pada suatu perkara mencapai suatu hajat atau menjauhkan bala nescaya berhasil apa yang dihajatkan.

Baca 2500 x tiap lepas sembahyang subuh, selama 40 hari, berturut-turut dibukakan oleh Allah swt akan hatinya mudah mengetahui alam-alam

Baca 1000x pada tiap hari nescaya dijadikan semua manusia bersetuju dengannya ...

Baca 1000x setiap hari mudahlah memperoleh apa yang dihajatinya.

Wednesday, September 26, 2012

Menegur orang biar berhikmah......

Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati. (Hamka) Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. (Hamka) Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka) Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. (Imam al-Ghazali) Apabila melihat dan merenung kata-kata dari pemikir islam ini jelas memperlihatkan dalam pergaulan perlu ada ilmu dan bukan kononnya berilmu.............

Thursday, October 6, 2011

Gelombang penyembuhan..........




Setahu saya teknik ini sudah diamalkan dalam Islam, untuk mendapatkan gelombang minda yang boleh digunakan untuk penyembuhan.......tak kiralah samaada sakit yang berat seperti kanser atau ada sakit lain yang lebih berat lagi.......Berzikir adalah satu cara mensimulasi otak untuk menukar gelombang biasa kepada gelombang yang luar biasa yang boleh digunakan untuk perubatan.....zikir yang bagaimana? berzikir dengan menggunakan salah satu nama Allah ( ASMA-UL-HUSNA amat digalakkan...... ada syarat tak ? mestilah ada......zikir tu biarlah ada rasa... didalam hati tu..........bukan hanya melafazkan sahaja tanpa tidak merasai maksudnya......ibarat melafaz cinta tanpa ada perasaan cinta...tak berguna dooonng.....gelombang kureeng jadi......ada lagi syaratnya?......ada....sabar yeee ada hal sikit.....

Thursday, September 29, 2011

Amboi....




Fuhh baru cuba bercerita tentang ilmu minda dan gelombang ....sudah dihantar cubaannya(black magic).....kenapa kok begitu.....Saya hanya cuba berkongsi ilmu jeee dongg....Apapun semua dengan izin Allah S.w.t kan.....Kadang kadang terpegun jugak dengan ilmu melayu seperti membaca mentera ...ada yang boleh jadi kebal, orang tengok cantik ...dan sebagainya.....ada orang kata gunakan jin dalam mentera .....ada juga jawapan lain yang saya dapat tentang menggunakan mentera untuk tujuan tertentu....apapun pun mengikut pengalaman saya ....anda sendiri boleh mencipta mentera dan dapat dibuktikan keberkesanannya.....perkara ini adalah salah satu cabang sains quantum.....

Tuesday, September 27, 2011

Santau ? elak santau ....




Saya agak terpanggil untuk berkongsi sedikit tentang ilmu santau atau sihir ......Segala bentuk sihir akan menggunakan penghantaran gelombang untuk memasuki bahagian otak seseorang mangsa.....nak selamat dari disihir .....mudah sahaja .....tutup bluetooth minda anda...dari disihir.........Mengikut pengalaman saya....orang yang disihir atau akan disihir akan mengalami tidur yang kerap dan lesu....kenapa jadi begitu? Kerana gelombang negatif dari penyihir cuba memasuki otak manusia..dengan tidurlah gelombang akan mudah memasuki otak.......tidak kiralah dibawa gelombang jin atau mengunakan makrifat semata......saya cuba jelaskan lagi nanti....kalau ada penambahan ilmu ini beritahulah saya......

Friday, November 5, 2010

Gelombang minda...1

Jadi apakah gelombang minda yang mana digunakan menyembuhkan penyakit? Yang saya tahu ada 3 gelombang yang digunakan untuk menyembuhykan penyakit......
1. Gelombang Alpha
2. Gelombang Theta
3. Gelombang Delta

Gelombang alpha adalah gelombang minda yang berada dalam keadaan tenang dan damai.Frekuensinya berada pada 7 atau 8 hingga 13 Hz...seperti sedang berzikir dengan tenang, berehat atas kerusi, sedang mandi ,lepas menunaikan solat ,semasa hendak mula tidur waktu malam atau semasa baru bangun tidur........

Gelombang Theta adalah semasa seseorang itu tertidur dan bermimpi. Frekuensinya berada pada 3.5 hingga 7 Hz.Fikiran yang tenang berada dalam keadaan ini....pernah terjadi ...seorang pengidap penyakit kanser sembuh secara spontan (spntaneous remission ) kerana berada dalam keadaan theta....semua dengan izin ALlah

Gelombang Delta merupakan dalam keadaan tidur . Frekuensinya adalah 0.5 - 3.5 Hz
Ramai doktor menggunakan gelombang ini untuk menyembuhkan pesakit.....dengan memberi ubat tidur kepada pesakit......

Wednesday, November 3, 2010

Gelombang minda...














Sudah lama saya tidak berblog ...tak ada bahan lah...kali ini saya cuba menjadikan fikiran saya lebih berbentuk eksperimental....mencuba dan merasai sendiri rahsia ilmu kepunyaaan Allah ......sungguh luar biasa pengalamannya...memang layak manusia di gelar kalifah di muka bumi ini......Sebenarnya banyak ilmu yang ada di muka bumi ini yang disediakan oleh Allah......Saya berbendapat kita tidak boleh terlalu taksub pada sesuatu ilmu sahaja....tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China.....Bak kata Agym terus belajar.....Saya amat tertarik dengan ilmu gelombang minda .....memang hebat ....sebenarnya minda mempunyai 5 gelombang......Gelombang Gamma, Beta, Alpha , Theta dan Delta.....Sebenarnya ilmu gelombang minda ini sudah lama digunakan oleh para wali dahulu....saya amat yakin sekali.... Gelombang yang digunakan oleh para wali ialah gelombang alpha dan theta....Para wali amat mahir dalam menggunakan kedua-dua gelombang ini....bila-bila masa boleh digunakan.....bersambung.....

Syukur