Rahsia Metafizik Menarik Wang Menggunakan Ilmu Amalan dari Wali Allah Dan Para Ulama Zaman dahulu
Tuesday, September 8, 2009
Teknologi Dajjal vs Teknologi Zikir
Dalam al-Quran diberitkan bahawa pada ketika Nabi Sulaiman a.s. bertanyakan sesiapa di antara rakyatnya yang mampu membawa istana balqis ke Palestin, maka bangunlah seorang ahli kitab dengan mendakwa mampu membawa istana tersebut dengan sekelip mata.
Kemampuan ahli kitab itu yang dikatakan bernama Asif bin Baqriya mengatasi kemampuan bangsa jin sendiri . Hatta jin afrit yang terkenal sebagai jin terkuat dikalangan jin juga tidak mampu.
Oleh itu, cara atau kaedah yang dilakukan oleh ahli kitab tersebut masih lagi dikaji dan diperdebatkan oleh ulama’. Namun saya secara peribadi percaya ia adalah teknologi milik ahli-ahli pengamal tareqat dan sufi.
Dajjal Meneroka Teknologi Ahli Kitab
Mengikut teori Muhammad Isa Dawud, Dajjal dilahirkan seratus tahun sebelum kelahiran Nabi Musa a.s. Maka dapat disimpulkan bahawa Dajjal tidak sempat hidup pada zaman Nabi Sulaiman .a.s. atau Nabi Daud.
Sekiranya Dajjal hidup pada zaman Nabi Sulaiman maka Dajjal boleh diandaikan menyaksikan peristiwa pemindahan Istana Balqis itu.
Semua ini pendapat ini berdasarkan kisah dalam ayat al-Quran dalam Surah An-Naml
“Hai pembesar-pembesar siapakah diantar kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.”
“Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.”
“Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (An-Namli, ayat 38-40)
Memandangkan ia (Dajjal) tidak melihat kejadian itu, maka harus baginya meneroka sendiri ilmu itu mengikut kaedah yang difikirkannya sendiri atau berdasarkan maklumat dari jin-jin sendiri.
Ujikaji dan eksperimen Dajjal yang diperturunkan kepada agen-agennya telah menghasilkan suatu teknologi prototaip tetapi masih belum berjaya. Misi eskperimen adalah untuk ‘memindahkan’ objek dengan cara menghilangkannya
Untuk cuba meniru, menandingi atau mengatasi ‘kemampuan’ ahli kitab tersebut, Dajjal melalui konco-konconya di makmal U.S. Navy, Philadephia, Pennyslavinia telah menjalankan suatu ujikaji skala besar. Eksperimen dijalankan pada 8 Oktober 1943. Ujikaji ini diberi nama “Eksperimen Philadephia”
Eksperimen ini sudah pun masyur dan diketahui umum sejak berpuluh tahun dulu. Objektif eksperimen ini ialah memindahkan sesuatu objek berjisim dari suatu lokasi ke lokasi yang lain tanpa mencacatkan bentuk fizikal objek tersebut.
Kegagalan Eskperimen Philadephia
Kapal USS Eldridge berjaya dihilangkan pada masa eksperimen tersebut melalui penggunaan suatu generator elektrik yang paling tinggi. Malangnya, ia tidak muncul kembali dan sejak itu pelbagai laporan-laporan palsu tercipta di dada-dada akhbar.
Kegagalan projek itu cuba diselindungi melalui desas-desus kesasksian sesetengah rakyat Amerika (yang diupah) menyatakan ternampak kapal tersebut 40 kilometer dari tempat eksperimen. Ada yang lebih eksptrem mengatakan ianya telah merentasi masa melalui teleportasi yang dilakukan.
Akhirnya berita misteri eksperimen itu berjaya menaikkan imej tentera Amerika di mata dunia. Sedangkan pada era tersebut Jerman dan Rusia telah mendahului teknologi Amerika.
Percubaan Saintis Islam
Muhammad Isa Dawud mendedahkan bahawa Dr. Yahya Said Al-Mahjari (moga Allah merestui usahanya) dari Mesir juga telah melakukan pelbagai eksperimen berkaitan pemindahan objek jarak jauh ini. Pelbagai eksperimen telah dilakukan tetapi tidak berjaya. Objek hanya berjaya dihilangkan tetapi tidak berjaya dikembalikan ke bentuk asal apatah lagi untuk diletakkan ke lokasi lain.
Kesimpulan akhir yang diperoleh oleh beliau ialah ahli kitab ketika itu mempunyai pengetahun tentang teknologi kepantasan cahaya. Maka pemindahan dilakukan menggunakan kemampuan cahaya.
Sekarang Dr. Yahya Said bertugas sebagai konsultan di UNESCO, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sumber Teknologi Ahli Kitab
Saya kurang setuju dengan pendapat bahawa ahli kitab menggunakan Teknologi Kelajuan Cahaya untuk memindahkan sesuatu objek. Ini kerana untuk menggunakan elemen cahaya kemungkinan seuatu alat perlu digunakan untuk mengeksploitasikan cahaya.
Sedangkan pada ketika Nabi Sulaiman a.s. memberitahu hasratnya untuk melihat istana Balqis, baginda tidak memberitahu sehari atau seminggu lebih awal. Hasratnya dimaklumkan secara spontan sahaja. Dan jawapan dari Jin Ifrit dan Ahli Kitab juga terkeluar secara spontan. Jawapan yang dikeluarkan juga secara spontan menunjukkan si pemberi jawapan (Ifrit dan Ahli Kitab) sememangnya sudah bersedia dan mampu secara hakiki tanpa memerlukan sebarang alat.
Kemampuan Ifrit membawa Istana kerana sememangnya jin itu dianugerahkan kekuatan semula jadi. Manakala kemampuan ahli kitab adalah kemampuan yang dibina sendiri hasil pembelajaran atau amalan ibadat khusus. Lihat ayat ini…
“….berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-kitab,” (An-Naml, 40)
Jika kita ingin mengkaji teknologi yang digunakan jangan kita mengkaji kalimah ’seorang’, kita perlu melihat sumber teknologi tersebut iaitu kalimah…
“..ilmu dari al-Kitab”.
Maka, teknologi yang sebenar ialah Teknologi Zikir. Kita harus ingat, Al-Kitab ialah kalam Allah, dan kalam itu mengandungi kata-kata Allah secara terus. Saya amat berkeyakinan bahawa konsep Zikir dari kitab Zabur (kalam zaman itu) telah digunakan oleh Asif Bin Baqriya.
Kita harus ingat perbezaan antara kemampuan cahaya dan kemampuan zikir. Cahaya adalah makhluk ciptaan Allah, makhluk bernama cahaya ini walaupun hebat tetapi terbatas atas waktu-waktu dan situasi-situasi tertentu.
Manakala Zikir adalah ungkapan pujian terhadap Allah sendiri dan Zikir diambil pula dari kata-kata Allah dalam kitab (Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran).
Tetapi saya bersetuju sekiranya kemampuan elemen cahaya adalah salah satu teknologi yang juga mampu memindahkan posisi sesuatu objek. Namun kemampuan cahaya tidak dapat menandingi kemampuan zikir.
Kemampuan Teknologi Ahli Tasawuf
Kejadian yang berlaku di Indonesia di Pulau Haruku, Maluku Tengah ini (moga Allah merahmati ulama’ negara ini) tidak lama dulu (Mac 2008) telah membuktikan kemampuan yang dimiliki oleh Asif bin Baqriya. Kejadian ini juga membuktikan Zikir juga berfungsi sebagai sebuah teknologi tanpa jisim.
(*pemahaman manusia sekarang apabila menyebut perkataan teknologi, terus saja terfikirkan sebuah mesin, alat atau jentera. Sungguhlah Dajjal telah memesongkan pemikiran manusia sejak zaman Renassaince dulu)
Terdapat video dimana seorang ulama’ telah diminta bantuan oleh penduduk kampung untuk memindahkan sebuah kubah masjid dari suatu lokasi ke lokasi yang lain. Video ini bukanlah baru dan sudah pun diketahui umum.
Dalam rakaman tersebut, ulama’ berkenaan hanya meminta orang-orang tertentu yang terpilih agar berzikir secara terus menerus. Kalimat zikir yang digunakan juga cukup mudah iaitu Laa ilahaa illallah.
(Berita lanjut tentang peristiwa tersebut, anda boleh saja dapati di internet dengan mudah)
Namun, penggunaan teknologi zikir dan kemakbulan dari Allah adalah bergantung kepada “SIAPA yang mengucapkan zikir tersebut” dan bagaimana dekatnya iman individu tersebut dengan Allah.
Dajjal tahu hanya ahli tasawuf mampu berbuat demikian, tetapi ia mahu ‘kemampuan’ itu dimiliki oleh orang awam tanpa perlu mendekatkan diri kepada Allah. Maka caranya ialah mencipta alat atau teknologi agar orang bukan Islam juga mampu menggunakannya.
Alangkah baik jika kita berperang dengan menggunakan teknologi ahli tasawuf. Mudah dan berkesan malah lebih ramai tentera akan menjadi alim seperti komander-komander Chechen.
Wallahu’alam…
oleh Ibnuyaacob...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment