Monday, October 26, 2009

Doa Apabila Terkena Sihir Atau Santau

Bismillah.



Tengah hari tadi saya terdengar ceramah Ust. Abdullah Mahmud di rancangan Al - Hidayah TV3. Iaitu mengenai doa jika terkena sihir atau santau. Simpton jika seseorang itu terkena sihir ialah,


1. Perubahan sikap yang drastik, contohnya: dari sifat yang penyabar tiba-tiba sahaja jadi pemarah.


2. Apabila tidur di waktu malam selalu terkejut dan bermimpi yang buruk, contohnya mimpi: jatuh ke dalam gaung, berada di tempat sunyi, berada di tempat yang kotor dan memakan benda yang kotor.


3. Sakit belakang(dari pinggang ke tengkuk), tidak pernah pulih walau pun telah mencuba pelbagai rawatan.


4. Apabila di waktu Maghrib dengan secara tiba-tiba berasa sedih, pilu, menyangka orang benci dengan kita dan macam-macam lagi.




Maka bolehlah di baca doa ini :

Surah Yunus - 79-82


وَقَالَ فِرۡعَوۡنُ ٱئۡتُونِى بِكُلِّ سَـٰحِرٍ عَلِيمٍ۬ (٧٩) فَلَمَّا جَآءَ ٱلسَّحَرَةُ قَالَ لَهُم مُّوسَىٰٓ أَلۡقُواْ مَآ أَنتُم مُّلۡقُونَ (٨٠) فَلَمَّآ أَلۡقَوۡاْ قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئۡتُم بِهِ ٱلسِّحۡرُ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ سَيُبۡطِلُهُ ۥۤ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُصۡلِحُ عَمَلَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ (٨١) وَيُحِقُّ ٱللَّهُ ٱلۡحَقَّ بِكَلِمَـٰتِهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡمُجۡرِمُونَ (٨٢)

Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): Bawalah kamu kepadaku segala ahli sihir yang mahir. (79) Setelah datang ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada mereka: Campakkanlah kamu dahulu apa yang kamu hendak campakkan (dari benda-benda yang kamu jadikan sihir itu)! (80) Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (81) Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa. (82)

Cara-caranya : Baca dan sedut.


Reaksinya : Selepas baca doa tadi, pesakit akan berasa panas. Jadi bertahan dan bersabar. Ini adalah kerana doa tadi berlawan dengan sihir itu. Yakin pada Allah. InsyaAllah pasti berkesan.


Diambil http://www.khairuladli.com/2008/08/doa-apabila-terkena-sihir-atau-santau.html

No comments:

Post a Comment

Syukur